Minggu, 15 Desember 2013
Edar 5 000 Risalah Islam Semasa Konsert Metallica

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa berjaya mengedarkan sebanyak 5,000 naskah mengenai Islam dan isu di Mesir kepada orang ramai semasa konsert Metallica berlangsung di Stadium Merdeka malam kelmarin.
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil mendakwa, aktiviti XPDC Dakwah yang dilakukan bagi membantah penganjuran konsert oleh kumpulan thrash metal dari Amerika Syarikat tersebut dilakukan seramai 50 aktivitis DPPM.
“Sebanyak 5,000 risalah ringkas mengenai isu Mesir dicetak dan berjaya diedarkan sekitar lokasi konsert. XPDC Dakwah berjaya menghimpunkan 50 orang aktivis dan aktiviti ini bermula kira-kira pukul 6 petang sehingga konsert bermula,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Khairul Faizi juga mendakwa DPPM akan meneruskan XPDC Dakwah pada ambang malam Merdeka pada 30 Ogos ini di seluruh negara.
Justeru beliau menyeru semua badan bukan kerajaan (NGO), golongan pelajar dan persatuan belia bersama-sama menyertai XPDC Dakwah anjuran DPPM tersebut.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.