Social Icons

Pages

Rabu, 01 Januari 2014

Belum dapat perhatian bantuan

  • Belum dapat perhatian, bantuanWanita 30 tahun ini merayu tempat tinggal untuknya dan anak-anak.
< 1 / 1 >
KUALA KRAI – Berikutan keadaan suami yang berdepan masalah mental dan tidak dapat bekerja bagi menampung kehidupannya serta enam anak kecil, seorang wanita di sini, kini mengharapkan bantuan daripada pihak bertanggungjawab.

Masalah wanita berusia 30 tahun itu pernah disiarkan Sinar Harian, namun belum ada pihak tampil bertanya khabar atau menghulur bantuan.

Wanita yang enggan dikenali itu mendakwa, penyakit mental yang dihidapi menyebabkan suaminya kerap kali sukar mengawal perasaan menyebabkan tindakannya menjadi begitu agresif.

Katanya, keadaan itu menyebabkan dia berasa bimbang keselamatan diri dan anak-anaknya terancam.

"Sekarang ini saya teruskan kehidupan bersama anak-anak dan tinggal berasingan daripada suami dengan menumpang di rumah ibu yang juga hidup susah serta perlu menganggung keperluan adik-adik saya.

"Saya merayu kepada pihak bertanggungjawab supaya menimbangkan bantuan sepatutnya kepada saya serta anak-anak," katanya.

Tambahnya, salah seorang anaknya baru bersekolah dalam keadaan bapa mereka tidak dapat bekerja dan keadaan itu menyebabkan dia buntu memikirkan masa depan anak-anaknya kelak.

"Semua anak-anak saya masih kecil dan memerlukan perhatian daripada saya. Apa pun saya bersyukur kerana suami mendapat rawatan di Hospital Kuala Krai yang tidak memerlukan perbelanjaan untuk rawatannya.

"Saya berharap untuk mendapat bantuan tempat tinggal kerana berasa tidak selamat untuk tinggal sebumbung dengan suami," katanya.

Menurut wanita itu, dia memang sayangkan suaminya tetapi tidak berani tinggal bersama dalam keadaan lelaki itu sukar mengawal perasaan bila diserang masalah mental.

sumber:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.