Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Jumat, 14 Maret 2014
Akademi Polis Wanita Di Afghanistan 10 Gambar
Akademi Polis Wanita Di Afghanistan: Serius. Golongan wanita Islam semenjak pemerintahan regim Taliban selalu di himpit dengan penindasan dan hak kemanusian mereka di kesampingkan. Golongan wanita tidak di benarkan sama sekali keluar rumah tanpa di temani suami atau keluarga dan mereka juga di nafikan haknya dalam menuntut ilmu. Selepas jatuhnya regim Taliban di Afghanistan, hak asasi wanita semakin terpelihara. Malah sebuah akademi polis wanita juga di dirikan di Kabul bagi memberikan peluang kepada golongan wanita untuk bersama-sama mempertahankan negara dari ancaman musuh.








Selasa, 17 Desember 2013
Umno mahu polis siasat isu gambar SK Pristana
| Malaysiakini Jul 30 2013 |
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menggesa agar polis menjalankan siasatan ke atas ibu bapa murid berkenaan, yang didakwa menyebarkan gambar kontroversi menunjukkan murid sekolah makan di bilik persalinan.
Umno Selangor menggesa polis menyiasat kes penyebaran gambar kontroversi yang menunjukkan murid sekolah makan di bilik persalinan SK Seri Pristana mengikut Akta Hasutan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menggesa agar polis menjalankan siasatan ke atas ibu bapa murid berkenaan, yang didakwa bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.
Noh yang dipetik dalam laporan Utusan Online itu juga meminta Jabatan Pendidikan Negeri tidak mengambil tindakan terhadap guru besar.
MP Tanjong Karang itu mendakwa, guru besar terbabit Mohamad Nasir Mohd Noor yang diarah bercuti sejak 25 Julai lalu, telah menjalankan tugas dengan baik.
Beliau juga mendesak ibu bapa berkenaan perlu meminta maaf kerana didakwanya membuat tuduhan palsu hingga menimbul kekecohan seluruh negara.
Langganan:
Postingan (Atom)