Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label terbakar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label terbakar. Tampilkan semua postingan

Rabu, 05 Februari 2014

Gadis Ini Terbakar Tiba Tiba Mungkinkah Ini Azab dunia

11 Nov 2012


Wanita Terbakar
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke tujuan di wilayah Iskandariah
Sayangnya meskipun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak tipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
 
Gadis itu dalam jarak 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:
“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika Ente berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam Ente, itu lebih baik dari Ente berpakaian begini yang pasti menjadi korban pandangan liar kaum lelaki ….” Nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan klaim agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawaban yang mengejek:
 
“Siapalah Ente hai orang tua? Apakah Ente mencuba nak ingatkan aku agar menutup aurat sepenuhnya sedangkan ayah kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku? Apakah Ente mau aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mau bebas menayangkan tubuh ku di muka umum? Apakah di tangan Ente ada anak kunci syurga? Atau apakah Ente memiliki sejenis kekuasaan yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? ” Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat mengiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup sampai di, si gadis lantas mencuba memberikan telepon genggamnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
 
“Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah kamar di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
 
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawaban dari si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
 
Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum agama itu dan mereka tidak mau menasihatinya kerana khawatir dia akan menghinakan agama dengan lebih parah lagi.
 
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di halte. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya.
 
Gadis itu telah kembali menemukan Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Penonton segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku dan terbakar di jalan raya.
  sumber
Selengkapnya

Senin, 23 Desember 2013

Bas dua tingkat nyaris terbakar 30 pelancong terselamat

sinarharian
26 Disember 2012

Bas dua tingkat nyaris terbakar, 30 pelancong terselamat
Pihak Bomba dan Penyelamat berjaya memadamkan kebakaran pada enjin bas tersebut.
BANDA HILIR - Tindakan pantas seorang pemandu memadam api di bahagian enjin berjaya menyelamatkan 30 nyawa pelancong selepas bas Panorama Melaka  dipandunya terbakar di Jalan Bukit Senjuang, di sini, petang semalam.

Bas dua tingkat dipandu Md Noor Rauh, 49, yang dalam perjalanan dari Menara Taming Sari mengelilingi bandar raya Melaka sebelum kembali semula di menara tersebut, terbakar dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang.

Md Noor berkata, kejadian disedarinya apabila sebuah kenderaan membunyikan hon menyebabkan dia memberhentikan bas di bahu jalan dan melihat api selepas membuka bonet enjin di bahagian belakang bas berkenaan.

“Bas ini mula bergerak dari menara kira-kira jam 2.45 petang membawa pelancong termasuk dari Singapura, Kuala Lumpur dan Johor namun selepas melalui Jalan Parameswara masuk ke Jalan Bukit Senjuang, saya terdengar bunyi enjin lain macam.

“Selepas sebuah kenderaan membunyikan hon, saya yang tiada pilihan lain terpaksa memberhentikan bas di tepi jalan lalu turun untuk memeriksa enjin,” katanya yang sudah hampir empat tahun bekerja sebagai pemandu bas.

Menurutnya, selepas melihat api setelah membuka bonet enjin, dia segera mengarahkan semua penumpang turun menyelamatkan diri dan dalam masa sama mendapatkan alat pemadam api yang disimpan di dalam bas.

“Saya sempat mendail nombor kecemasan tetapi tidak bercakap kerana sibuk memadam api namun saya meminta bantuan seorang pemandu bas ekspres yang melalui kawasan tersebut untuk menghubungi bomba.

“Ketika itu bas Panorama lain yang melalui kawasan ini turut berhenti mengambil semua penumpang dari bas saya untuk meneruskan perjalanan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, N Raman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.15 petang dan tiba di lokasi 16 minit kemudian.

“Apabila sampai, api sudah dipadamkan oleh pemandu menggunakan alat pemadam mudah alih dan pemeriksaan lanjut mendapati keadaan bas tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini.

“Lima anggota turut membersihkan tumpahan minyak di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, punca kejadian sebenar masih dalam siasatan,” katanya.
Selengkapnya