Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label apabila. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label apabila. Tampilkan semua postingan

Jumat, 27 Desember 2013

Insentif penjawat awam hanya akan ‘terasa’ apabila PR memerintah kata Mahfuz

Oleh Mohd Farhan Darwis March 12, 2013
KUALA LUMPUR, 12 Mac — Insentif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk penjawat awam semalam hanya akan dinikmati oleh golongan tersebut apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dan melaksanakan manifesto , kata Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Naib Presiden PAS itu berkata, perkara itu disebabkan pendapatan boleh guna rakyat yang semakin meningkat selepas kerajaan PR berjaya melaksanakan segala janji-janji manifesto selepas mengambil alih Putrajaya apabila memenangi pilihan raya umum.

Antara janji manifesto PR, “Pakatan Harapan Rakyat” adalah memansuhkan tol, penurunan harga minyak, pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kajian semula tarif elektrik, pemansuhan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan banyak lagi.

“Kenaikan itu tidak beri manfaat besar kepada kakitangan sektor awam jika manifesto PR tidak dapat dilaksanakan ... dengan penurunan harga minyak, mansuh tol, kajian semula tarif elektrik, pendidikan percuma dengan mansuh PTPTN, dengan AES yang akan dimansuhkan serta GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) yang pasti tidak akan dilaksanakan, barulah kenaikan itu akan beri lebihan dalam poket penjawat awam,” kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

“Kalau kenaikan itu dibuat, sedangkan selepas pilihan raya umum, minyak naik, tol naik, elektrik naik, AES akan dilaksanakan, GST akan dikenakan ... apalah yang ada,” katanya, dan menambah kakitangan awam seharusnya berpandangan jauh untuk memastikan PR dapat berkuasa dan menjamin kesejahteraan penjawat awam.

Malah, Mahfuz turut memberi jaminan, skim yang diumumkan Najib semalam itu juga bukan sahaja akan diteruskan, tetapi akan ditambah baik agar selari dengan bebanan kos sara hidup ditanggung penjawat awam.
“PR beri jaminan kepada kakitangan awam, polis, dan tentera, kenaikan itu tidak akan ditarik balik, malah akan disempurna dan diteruskan bila PR ambil alih Putrajaya.
“Malah, PR berjanji semakan yang berkala akan ditentukan tempohnya dan semakan akan dibuat semasa ke semasa bagi menjamin gaji penjawat awam, berpadanan dengan keadaan tuntutan semasa, seperti inflasi, untuk pastikan mereka tidak terbeban kos sara hidup,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kenaikan gred gaji bagi mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam sistem saraan baru yang digelar Sistem Saraan Transformatif (SST) yang meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

Najib berkata, penyelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2013 dan melibatkan 102,434 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 131,904 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala bagi penjawat awam lain, kenaikan gaji antara RM80 dan RM320 sebulan akan bermula pada 1 Julai.
The Malaysian Insider.
Selengkapnya

Lelaki ini Bingung apabila Dibebaskan Setelah 38 Tahun Dipenjara

  15 April 2013 catatan idahsalam

  New York - Seorang lelaki Amerika Syarikat   dibebaskan setelah mendekam di dalam penjara selama 38 tahun terakhir. Lelaki ini dinyatakan bersalah atas pembunuhan dan pemerkosaan seorang anak perempuan berusia 8 tahun pada tahun 1975 silam.

David Bryant yang masih berusia 18 tahun ketika dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah, selalu membantah seluruh perbuatan yang didakwakan kepadanya. Namun mahkamah menyatakannya bersalah dan menjebloskannya ke dalam penjara.

Namun minggu ini, seperti dilansir Asia One, Isnin (15/4/2013), Hakim Seth Marvin dari Bronx, New York, memerintahkan pembebasan Bryant. Keputusan ini keluar berpuluh-puluh tahun setelah hukuman bersalah yang diterima Bryant, dan bertahun-tahun setelah Bryant mengajukan rayuan ke Mahkamah tinggi.

Hakim Marvin enggan berkomentar soal apakah Bryant akhirnya dinyatakan tidak bersalah setelah pembebasan ini. Alasan keputusan ini lebih kerana hakim Marvin tidak yakin bahawa Bryant telah mendapat perbicaraan yang adil. Sebabnya, ketika itu Bryant tidak didampingi oleh peguam.

Dalam keputusannya, hakim Marvin menitikberatkan bahawa peguam yang ditunjuk mahkamah untuk mendampingi Paul Auerbach ternyata sama sekali tidak pernah memeriksa golongan darah Bryant untuk diverifikasi. Hal ini, menurut hakim Marvin, menjadikan kes yang dijeratkan kepada Bryant, tidak valid.

"Kesalahan dalam kes yang tergolong langka ini, yakni satu kesalahan dalam pembelaan yang kompeten, sangat fatal dan merugikan, yang telah merampas hak terdakwa atas perbicaraan yang adil," tutur hakim Marvin, yang juga menyalahkan kelalaian dan ketidaktahuan peguam terdakwa saat itu.

Sementara Bryant yang mendengar putusan ini mengaku mulanya merasa senang. Namun belakangan dia merasa takut dan terancam. Kerana sudah nyaris empat dekade berada di dalam jeriji besi, Bryant pun bingung ketika dirinya kini boleh menghirup udara bebas.

"Saya tidak tahu harus ke mana. Saya bahkan tidak punya wang sama sekali. Apa yang akan saya lakukan? Saya masih tidak tahu," ucapnya kepada Daily News.

Namun Bryant berharap dia boleh melakukan hal-hal baik setelah kembali mendapat kebebasannya. detikNews
Selengkapnya